I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 27, 2011

KOMPONEN YANG PATUT ADA PADA LAPTOP.

Pada permulaan laptop diperkenalkan, harganya sangat tinggi dan kebanyakan pengguna tidak dapat menikmati teknologi ini. Tapi kini, penggunaan laptop menjadi kegilaan ramai terutamanya pada generasi muda mudi kerana ia menjadi trend dan kerana harganya yang semakin murah. 

Kepelbagaian design dan aksesori yang terdapat pada sesebuah laptop menjadikan ia sebagai alat elektronik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kini.

Apa faktor yang mempengaruhi pilihan kepada sesebuah laptop/ notebook? Antara faktor yang dilihat ialah kualiti, komponen, ukuran, software dan aplikasinya. Seringkali kita tertanya-tanya apakah yang perlu dinilai sebelum membeli sesebuah laptop. 

Adakah memiliki laptop hanya untuk membuka facebook, melihat e-mail dan mendengar lagu-lagu kesukaan sahaja?. Jika inilah kegunaan laptop, kenapa perlu ada komponen video card tercepat, kapasiti yang lebih besar, dan sistem memori yang lebih baik.

Berikut  adalah komponen yang wajib diperhatikan sebelum membeli sesebuah laptop. Berdasarkan maklumat ini akan lebih memberi kefahaman kepada kita tentang komponen2 yang terdapat dalam laptop.



1. Processor

Ia adalah komponen penting dalam laptop. Ia diukur dalam unit GHz. Angka GHz mengukur sejauh mana kecepatan processor beroperasi dalam masa satu saat. Jumlah Core dalam processor juga sangat penting seperti Intel. Intel adalah processor yang terbaik diikuti oleh AMD. Processor seperti Core 2 dan Extreme adalah yang baik dalam kualiti performance diikuti AMD Turion 64 x2.



2. Memori
Sesebuah laptop akan mempunyai kapasiti memory yang berbeza-beza. Misalnya apabila menggunakan OS Window Vista ia memerlukan memory minima sebanyak 512 MB. Jika memori yang dimiliki kurang, maka harddisk akan digunakan sebagai memori. Ini akan melambatkan performace laptop. Jadi, lebih besar memori adalah lebih baik dan memori laptop boleh ditambah kemudian hari apabila diperlukan.


3. Harddisk

Media penyimpan yang terkenal masa kini ialah SSD ( Solid State Drive) dan harddisk. SSD lebih baik dari segi performance kerana lebih cepat. Kerana harganya yang mahal laptop masa kini lebih menggunakan harddisk.



4. Video Card

2 jenis iaitu:-
  • Integrated: Menggunakan RAM
  • Dedicated: Menggunakan memori sendiri. Jenis ini lebih baik dan sesuai untuk pengguna yang gemar games.




5. Pilihan Laptop Berdasarkan Ukuran Layar.

Ini kerana ia mempengaruhi harga sesebuah laptop/ notebook.

  • Desktop Replacement:



Ukuran layar : 14 dan 15 inci
Pengguna: sesuai untuk kebanyakan pengguna seperti ahli perniagaan, pelajar, gamers
Harga: tidak tetap dan beragam mengikut jenis

  • Ultraportable: 



Ukuran layar: 11-13 inci
Pengguna: dirokemenkan kepada ahli perniagaan dan yang sering melakukan perjalanan
Harga: lebih mahal dari desktop replacement kerana lebih ringan dan senang dibawa kemana-mana

  • Netbook:








Ukuran layar: 7-10 inci
Menggunakan processor Intel Atom dan sesuai untuk tujuan browsing, chatting, dan kerja sederhana. Hardware seperti drive optic tidak ada dan miliki touchpad yang kecil.

  • Gaming: 


Ukuran layar: 16 inci ke atas
Ukuran layar yang besar supaya semasa bermain games, skrin lebih jelas dan lebih selesa digunakan.

0 comments:

Post a Comment