Sekilas Tentang Wearable Computers.
Kita memerlukan komputer di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ini menyebabkan kita terpaksa membawa komputer ke mana sahaja terutamanya apabila kita pulang ke kampung halaman. Ini memberikan kesukaran untuk kita berurusan dengan lebih selesa. Memahami keinginan pengguna untuk mendapatkan sesuatu alat yang dapat membantu tugasan harian, ramai penyelidik dan pengusaha berupaya untuk mencipta alat yang dapat memenuhi kehendak pengguna ini.
Sejarah Wearable Computers
1990:Konsep ini timbul pada pertengahan tahun 1990-an apabila komputer aplikasi komputer digabungkan dengan interface dan head mounted display.
1996: Ahli penyelidik mendefinisikan wearable komputer sebagai alat yang membolehkan pengguna melakukan tugas dengan lebih efisyen.
2001: IBM membangunkan 2 prototype wristwatch computer. Ia adalah sebuah jam yang dapat menguruskan data, gambar, dan animasi. Ini adalah salah satu teknologi yang mengagumkan dan mendapat perhatian umum. Pengguna hanya perlu menyentuh skrin jam untuk mengoperasikannya.
Datalink USB Dress edition with Invasion video game
IBM Wearable Computer
International Business Machines, IBM adalah syarikat perundingan IT yang menjual komputer hardware dan software, memberikan perkhidmatan infrastruktur, perkhidmatan consulting dan perkhidmatan dalam bidang mainframe komputer dan nanotechnology. Ia dikenali sebagai sebuah syarikat komputer yang terbesar dan berpengaruh dalam bidang ini.
ZYPAD wrist wearable computer by Arcom Control Systems
Dibina pada 1998, IBM Wearable Computer, yang berasal daripada ThinkPad 560X. Ia mengandungi 233Mhz Intel processor, 64M of RAM dan 340MB IBM MicroDrive. Ia mengandungi Windows 98 dan merupakan set speech software iaitu IBM ViaVoice . Bateri Lithium-ion dapat bertahan antara 1-1.5 jam. Mempunyai resolusi 320x240 pixel. Alat ini dikawal oleh mikrofon untuk membolehkannya beroperasi.
Sebelum ini mungkin ada diantara kita hanya beranggapan bahawa fesyen hanya untuk pakaian dan aksesori kecantikan sahaja. Pada tahun 2010, eTextile Fashion show telah dijalankan di Bay Area yang mengetengahkan fesyen berunsurkan teknologi. Ia kelihatan menarik kerana saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini.
Faire dan Lynne Bruning mencetuskan idea untuk mencipta fshion show yang menggabungkan technologi dan fashion, serta reality dan kemungkinan.
Disini disertakan contohnya untuk tatapan semua.
maklumat tentang wareable computer didapati di http://en.wikipedia.org/wiki/Wearable_computer
Komputer Masa Depan …
Semasa mencari maklumat tentang blog, saya terjumpa blog yang agak menarik yang menceritakan tentang teknologi masa hadapan. So, saya harap maklumat ini berguna untuk kita semua….
Kalau kita lihat zaman sekarang memang komputer amat diperlukan dalam kegunaan seharian kita terutama pelajar yang perlu siapkan tugasan dan buat report.
Memang setiap pelajar akan memiliki satu komputer. Ini bererti kegunaan permintaan terhadap komputer dan laptop semakin meningkat. Jadi tidak hairanlah harganya menjadi semakin murah untuk menarik kita membeli produk mereka.
Ramai penyelidik berusaha untuk mencipta laptop yang begitu canggih di luar imaginasi kita sendiri.
Berikut ini gambar-gambar komputer masa depan :
0 comments:
Post a Comment