I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 18, 2011

JENIS – JENIS KOMPUTER


Kali ini, kitorang nak share tentang jenis2 komputer yang ada..komputer sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis iaitu;-


Pertama :SuperComputer

·         Cray ( Angkasawan USA )

·         The University of Illinois at Urbana-Champaign's National Center for Supercomputing Applications (NCSA)






Kedua :  Mainframe


       Kerangka Utama·  


Ketiga : Mini Computer
  • Server



Keempat : MicroComputer


Microcomputer terbahagi kepada beberapa jenis pula iaitu:Personal Computer
  1. Desktop Computer
  2. Laptop Computer
  3. Notebook Computer
  4. Palmtops Computer

Monday, January 17, 2011

Pengaruh Teknologi Maklumat Ke Atas Kehidupan Manusia

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. 

Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. 

Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. 

Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya.

Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. Dewasa ini, ia telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia.

Contohnya penggunaan rangkaian ‘internet’ telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. 




Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun(Arun, 1999).

Aspek fizikal yang dimaksudkan di atas termasuklah corak penggunaan ruang bandar, rangkaian lalulintas dan pengangkutan, ruang ‘virtual’ dan sebagainya. Di samping itu, aspek sosial pula meliputi cara dan corak berinteraksi, pergerakan manusia, aktiviti manusia, cara hidup manusia, kualiti hidup manusia, taraf kesihatan manusia dan lain-lain. 

Selain itu, rangkaian ‘internet’ juga membolehkan pelbagai urusan perniagaan dijalankan secara ‘digital’ dan ini mempunyai implikasi yang besar terhadap proses pembandaran pada masa akan datang.




Salah satu kesan yang ketara adalah pergantungan kepada bekalan elektrik. Ini adalah kerana tanpanya segala peralatan teknologi maklumat tidak dapat berfungsi, kecuali jenis yang menggunakan tenaga alternatif misalnya tenaga solar, angin, ombak, biojisim dan sebagainya. 

Namun pergantungan yang lebih membimbangkan adalah dari segi kuasa ekonomi melalui pemindahan modal antarabangsa dalam jumlah yang besar. Ini seterusnya akan mempengaruhi corak gunatanah sesebuah bandar.

Gunatanah kawasan bandar dipercayai akan mengalami perubahan yang ketara. Misalnya lebih banyak kawasan hijau dapat dikekalkan atau dibekalkan berbanding dengan tempat letak kereta. Maknanya isipadu perjalanan boleh digantikan dengan aliran elektrik atau cahaya. 

Ini dapat mengurangkan tahap pencemaran bandar. Namun begitu, secara sosial manusia masih perlu menjalankan aktiviti tertentu yang tidak mungkin dapat digantikan oleh teknologi maklumat misalnya makan, rehat, berekreasi, bersukan dan sebagainya. 

Perubahannya cumalah dari segi cara aktiviti tersebut dijalankan dan apakah batasan serta halangan yang wujud akibat gelombang maklumat yang mempengaruhinya.