I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 5, 2011

TIPS DAN TRICK UNTUK KOMPUTER

  1. CARA MENAMBAH MEMORI DALAM KEADAAN TERDESAK. 

Kali ini saya nak kongsi beberapa tip berkaitan secondary storage yang dijumpai di celiksiber.blogspot.com yang memberi banyak maklumat berguna. 
Cara Menambahkan Memori jika dalam keadaan darurat. Kita sering bekerja sambil mendengar muzik atau adakalanya sambil menjalankan aplikasi lain dengan tujuan untuk menjimatkan masa. Menjalankan aplikasi secara bersamaan dapat menyebabkan komputer menjadi "kehabisan" memori. Kita sering mendapati komputer mengalami apa yang disebut dengan "low memory" di mana kapasiti memori yang berbaki tinggal sedikit. 

Menambah RAM (Memori) kadang-kadang bukanlah penyelesaian yang bijak kerana selain perlu kemaskini dan simpan hardware juga terpaksa mengeluarkan kos untuk membeli RAM tersebut. 

Ada cara kecemasan lain yang boleh kita lakukan iaitu dengan cara membuat Virtual Memory, teknik di mana system operasi akan memperuntukkan sebahagian isi harddisk untuk menjadi memori tambahan pada computer. Lokasi sebahagian isi harddisk tersebut dinamakan Paging File. 

Berikut langkah-langkah untuk membuat Virtual Memori pada computer. 
Pertama, klik Start>> Control Panel>> System hingga akan muncul "System Properties"

Kedua, klik tab "Advance" kemudian pada kotak "performance", klik setting hingga muncul "Perfomance Options". 

Ketiga, pada "Perfomance options", pilih tab "Advance", seperti screenshot di bawah ini.


Keempat, kemudian pada kotak "Virtual Memory", klik "Change", kemudian akan muncul senarai harddisk pada computer kita, seperti screenshot di bawah ini.



Kelima, kemudian pilih salah satu drive anda tempat Virtual Memory yang akan kita buat. Pilihlah drive yang berbeza dengan lokasi drive system. Kemudian klik pada "Custom Size".

Keenam, isikan nilai pada Initial size dan pada Maximum size dalam MB. Sebagai pedoman, untuk nilai Initial size, kapasiti RAM dikali 1,5. Sedangkan untuk nilai Maximum size, kapasiti RAM didarab 3.
Sebagai contoh, misalkan kapasiti RAM kita adalah 512 MB, maka nilai pada Initial sizenya adalah 756 MB, untuk maximum sizenya adalah 1512 MB.

Ketujuh, pastikan masih ada free space pada harddisk untuk menampung virtual memory yang kita buat tersebut.

Kelapan, kemudian klik OK kemudian OK dan OK lagi.

Kesembilan, selesai dan kemudian pastikan performance computer kita menjadi lebih baik atau cepat berbanding sebelumnya.

Kesepuluh, selamat mencuba!!



2. UPGRADE USB FLASHDISK 1 GB MENJADI 2 GB


Dalam dunia hardware khusunya yang berghubungan dengan komputer, mungkin flashdisk adalah salah satu barang yang wajib dimiliki, sebab barang kecil ini mampu menyimpan data digital dalam jumlah yang banyak dari segi kapasiti, tetapi tidak bagi yang mempunyai flashdisk dengan kapasiti yang terhad.

Membeli flashdisk dengan kapasiti yang lebih besar mungkin budgetnya belum cukup. Buat anda yang mengalami masalah yang demikian, ada cara yang boleh meng-upgrade flashdisk 1 GB anda menjadi 2 GB, berbaloi dari pada beli flashdisk 2 GB, upgrade USBflashdisk 1 GB Anda Menjadi 2 GB.

Untuk meng-upgrade USB flashdisk 1 GB anda, sila anda Download dulu Software nya DI SINI, jangan risau untuk mendownload software tersebut, sebab softwarenya berkurankecil hanya 95Kb.

Selepas anda berjaya download software tersebut, sila anda Ekstrakmasuk USBflashdisk anda dan buka Software tersebut lalu tentukan dimana kedudukan USBflashdisk anda, setelah itu klik Fix untuk meng-upgrade USB flashdisk anda, tunggubeberapa saat sampai proses selesai.

3. MEMBUAT FLASHDISK SEBAGAI KUNCI PENGENALAN

Kali ini saya ingin berkongsi tips membuat flasdisk sebagai kunci / pengenalan.Artikel ini saya olah dari blog rakan blogger di cekapkomputer.blogspot.com...
Begini .... biasanya anda menggunakan USB Stick (Flashdisk) sebagai media transfer data, dengan USB Stick anda boleh menyimpan data-data penting dan membawanya kemanapun anda suka.
Sebenarnya anda juga boleh menjadikan USB Stick anda sebagai kunci kenalan PC anda dengan mengawal komputer melalui USB Stick. Orang lain tidak akan dapat mengakses komputer anda kerana PC anda tidak boleh di akses tanpa 

USB Stick yang telah anda jadikan sebagai kunci pengenalan, bagaimana okay tak?
Untuk menjadikan USB Stick anda sebagai kunci pengenalan anda memerlukan suatu program yang bernama mobile assistance dengan program ini anda boleh setting pc anda untuk automatik shutdown dalam masa 10 saat jika USB Stick anda tidak dipasang di komputer. 

Jadi orang yang tidak berkaitan tidak akan boleh mengakses pc anda jika tidak mempunyai USB Stick yang anda jadikan kunci tersebut. Anda juga boleh setting komputer supaya tidak boleh dibuka, akan restart atau log off kembali jika USB Stick tidak dipasang.
Langkah-langkah membuat USB Stick anda sebagai kunci:

1. Download mobile assistance dan install, ketika anda install software ini Flashdisk anda hendaklah dipasang pada pc dan pastikan anda login ke Windows sebagai Administrator.


2. Buka program mobile assistence dari USB Stick anda (hanya boleh dibuka dari Flashdisk kerana pemasangan mobile assistence disimpan di Flashdisk, tidak seperti biasanya ke C: \ Program Files seperti program lain)

3. Buat pertama kali anda membuka program ini anda akan dihadapkan pada pemasangan menggunakan bahasa jerman. pada kotak dialog pemasangan yang muncul pilih weiter yang bermaksud next


4. Abaikan option-option yang diberikan kepada anda dengan klik butang Weiter


kerana anda boleh settingnya nanti hingga windows mobile assistance siap di install spenuhnya.


5. Untuk melakukan konfigurasi keselamatan (security) komputer anda klik menu option ► USB pc security.


7. Jawab pertanyaan yang muncul dengan yes maka mobile assistance akan install ciri pc ke system komputer anda.
8. Lakukan konfigurasi USB pc security sekali lagi hingga muncul windows pop up pc security.




9. Tanda pilihan enable PC security untuk mengaktifkannya. Pada box starting the computer without this usb stick, pilihlah shutdown computer, maka setiap kali komputer anda dijalankan tanpa USB stick ini pc akan shutdown secara automatik dalam masa 10 saat, untuk itu jika anda menandakan pilihan ini jangan lupa memasang USB stick ke pc sebelum menghidupkan komputer.

10. Jika anda memilih pilihan no action maka komputer anda akan tetap hidup walau tanpa USB stick yang dipasang di komputer.

11. Pada box remove USB stick during working, pilihlah action yang akan dilakukan mobile assistance ketika anda mencabut USB stick dari komputer yang sedang berfungsi, anda boleh memilih shutdown, log off dan dalam 10 saat komputer akan berfungsi seperti mana yang anda pilih ketika USB di cabut.

12. Jika USB stick anda hilang atau rosak, maka tamatlah riwayat , kerana komputer anda tidak akan dapat di akses lagi, anda hanya boleh masuk melalui safe mode. Untuk itu backup komputer anda dan jika perkara ini berlaku anda akses komputer melalui safe mode kemudian restore komputer anda ke keadaan sebelum anda install mobile assistance.

selamat mencuba....: )




0 comments:

Post a Comment