I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label chapter 6. Show all posts
Showing posts with label chapter 6. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Cara Mengembalikan Data Yang Terhapus ?

Apakah Anda pernah secara tidak sengaja menghapus file anda, kemudian sudah meng-empty recycle bin? Atau Anda telah format hard disk, data hilang kerana virus tapi ingin data tersebut kembali?

Anda dapat mengembalikan data anda semula dengan menggunakan Ontrack EasyRecovery Professional.

Pertama sekali download dulu software tersebut. Software ini menyediakan menyelesaian yang terbaik untuk mendapatkan kembali data yang hilang disebabkan oleh:

1.   Virus
2.   Sektor yang tidak terbaca
3.   Kesalahan aplikasi, sistem, atau shut down yang tidak normal.
4.   Kerosakan pada critical area.
5.   Ter-format
6.   Penyebab lain yang memungkinkan hilangnya data.

Software ini di-install pada Windows 98 SE, Me, 2000, atau XP, dan dapat me-recover data untuk pada semua sistem windows. Software ini memiliki empat feature utama, iaitu:

1.   Disk Diagnostics, iaitu tool untuk memeriksa keadaan hard disk sama ada berada dalam keadaan baik atau tidak.
2.    Data Recovery, iaitu tool untuk mengembalikan data, file kerana terhapus, terformat, dan sebagainya.
3.   Email Repair, iaitu tool untuk mengembalikan data email Outlook Express yang terhapus atau rosak.
4.   File Repair, iaitu tool untuk memperbaiki data, file Microsoft Word, Excel, Access, PowerPoint, dan ZIP (winzip) file yang rosak kerana virus atau sebab lain.

Mari kita lihat satu per satu kandungan yang ada dalam software ini.

1. Disk Diagnostics


Tool yang ada dalam Disk Diagnostics ini adalah:

  • Data Advisor, untuk membuat disket recovery.
  • Drive Tests, untuk memeriksa keadaan hard disk (disk drive).
  • Jumper Viewer, untuk melihat kedudukan jumper pada hard disk.
  • Partition Tests, untuk memeriksa bahagian hardisk.
  • Size Manager, untuk melihat kapasiti hard disk
  • SMART Tests, digunakan untuk memeriksa keadaan Self-Monitoring, Analysis and Reporting Technology pada suatu hardisk.

2. Data Recovery



Tool-tool yang ada dalam Data Recovery ini adalah:

  • Advanced Recovery, untuk mencari data yang sudah tidak dapat di-recover dengan tool lain, iaitu kerana ter-format, virus, atau hal lain.
  • Deleted Recovery, untuk mencari data yang sudah dihapus. Ini adalah tool yang paling sering dipakai penulis.
  • Format Recovery, untuk mencari data pada hard disk yang sudah di-format.
  • Raw Recovery, untuk mencari file yang hilang berdasarkan signature.
  • Resume Recovery, semua proses recovery dapat dihentikan sementara dan dilanjutkan pada lain waktu.
  • Emergency Media, untuk membuat disket atau CD yang digunakan untuk me-recover data / file hilang.

3. Email Repair, digunakan untuk mengembalikan data email Outlook dan Outlook Express yang hilang.





4. File Repair, digunakan untuk mengembalikan file-file Microsoft Office dan ZIP yang rosak. Tool ini dapat memperbaiki file Microsoft Word, Excel, Access, PowerPoint, dan ZIP (winzip) file yang corrupt / rosak kerana virus atau sebab lain.




Data atau file yang hilang lebih sulit di-recover jika:
1.   Anda menambahkan file baru setelah anda menghapus atau memformat hard disk.
2.   Anda menggunakan FAT32 dalam Windows XP.

Maklumat ini didapati pada blog myDeden.com di laman web di bawah:
http://dedenthea.wordpress.com/2008/04/05/gimana-caranya-mengembalikan-data-yang-terhapus/


Wearable Computers : Generasi Komputer Masa Hadapan.

Sekilas Tentang Wearable Computers. 

Kita memerlukan komputer di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ini menyebabkan kita terpaksa membawa komputer ke mana sahaja terutamanya apabila kita pulang ke kampung halaman. Ini memberikan kesukaran untuk kita berurusan dengan lebih selesa. Memahami keinginan pengguna untuk mendapatkan sesuatu alat yang dapat membantu tugasan harian, ramai penyelidik dan pengusaha berupaya untuk mencipta alat yang dapat memenuhi kehendak pengguna ini.

Sejarah  Wearable Computers



1990:Konsep ini timbul pada pertengahan tahun 1990-an apabila komputer aplikasi komputer digabungkan dengan interface dan head mounted display.


1996: Ahli penyelidik mendefinisikan wearable komputer sebagai alat yang membolehkan pengguna melakukan tugas dengan lebih efisyen.


2001: IBM membangunkan 2 prototype wristwatch computer. Ia adalah sebuah jam yang dapat menguruskan data, gambar, dan animasi. Ini adalah salah satu teknologi yang mengagumkan dan mendapat perhatian umum. Pengguna hanya perlu menyentuh skrin jam untuk mengoperasikannya.



Datalink USB Dress edition with Invasion video game


IBM Wearable Computer


International Business Machines, IBM adalah syarikat perundingan IT yang menjual komputer hardware dan software, memberikan perkhidmatan infrastruktur, perkhidmatan consulting dan perkhidmatan dalam bidang mainframe komputer dan nanotechnology. Ia dikenali sebagai sebuah syarikat komputer yang terbesar dan berpengaruh dalam bidang ini.



ZYPAD wrist wearable computer by Arcom Control Systems


Dibina pada 1998, IBM Wearable Computer, yang berasal daripada ThinkPad 560X. Ia mengandungi 233Mhz Intel processor, 64M of RAM dan 340MB IBM MicroDrive. Ia mengandungi Windows 98 dan merupakan set speech software iaitu IBM ViaVoice . Bateri Lithium-ion dapat bertahan antara 1-1.5 jam. Mempunyai resolusi 320x240 pixel. Alat ini dikawal oleh mikrofon untuk membolehkannya beroperasi.

Wearable Computers Fashion Show.

Sebelum ini mungkin ada diantara kita hanya beranggapan bahawa fesyen hanya untuk pakaian dan aksesori kecantikan sahaja. Pada tahun 2010, eTextile Fashion show telah dijalankan di Bay Area yang mengetengahkan fesyen berunsurkan teknologi. Ia kelihatan menarik kerana saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini.
Faire dan Lynne Bruning mencetuskan idea untuk mencipta fshion show yang menggabungkan technologi dan fashion, serta reality dan kemungkinan.
Disini disertakan contohnya untuk tatapan semua.



maklumat tentang wareable computer didapati di http://en.wikipedia.org/wiki/Wearable_computer


Komputer Masa Depan …

Semasa mencari maklumat tentang blog, saya terjumpa blog yang agak menarik yang menceritakan tentang teknologi masa hadapan. So, saya harap maklumat ini berguna untuk kita semua….

Kalau kita lihat zaman sekarang memang komputer amat diperlukan dalam kegunaan seharian kita terutama pelajar yang perlu siapkan tugasan dan buat report.

Memang setiap pelajar akan memiliki satu komputer. Ini bererti kegunaan permintaan terhadap komputer dan laptop semakin meningkat. Jadi tidak hairanlah harganya menjadi semakin murah untuk menarik kita membeli produk mereka.
Ramai penyelidik berusaha untuk mencipta laptop yang begitu canggih di luar imaginasi kita sendiri.
Berikut ini gambar-gambar komputer masa depan :







Sunday, February 27, 2011

KOMPONEN YANG PATUT ADA PADA LAPTOP.

Pada permulaan laptop diperkenalkan, harganya sangat tinggi dan kebanyakan pengguna tidak dapat menikmati teknologi ini. Tapi kini, penggunaan laptop menjadi kegilaan ramai terutamanya pada generasi muda mudi kerana ia menjadi trend dan kerana harganya yang semakin murah. 

Kepelbagaian design dan aksesori yang terdapat pada sesebuah laptop menjadikan ia sebagai alat elektronik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kini.

Apa faktor yang mempengaruhi pilihan kepada sesebuah laptop/ notebook? Antara faktor yang dilihat ialah kualiti, komponen, ukuran, software dan aplikasinya. Seringkali kita tertanya-tanya apakah yang perlu dinilai sebelum membeli sesebuah laptop. 

Adakah memiliki laptop hanya untuk membuka facebook, melihat e-mail dan mendengar lagu-lagu kesukaan sahaja?. Jika inilah kegunaan laptop, kenapa perlu ada komponen video card tercepat, kapasiti yang lebih besar, dan sistem memori yang lebih baik.

Berikut  adalah komponen yang wajib diperhatikan sebelum membeli sesebuah laptop. Berdasarkan maklumat ini akan lebih memberi kefahaman kepada kita tentang komponen2 yang terdapat dalam laptop.



1. Processor

Ia adalah komponen penting dalam laptop. Ia diukur dalam unit GHz. Angka GHz mengukur sejauh mana kecepatan processor beroperasi dalam masa satu saat. Jumlah Core dalam processor juga sangat penting seperti Intel. Intel adalah processor yang terbaik diikuti oleh AMD. Processor seperti Core 2 dan Extreme adalah yang baik dalam kualiti performance diikuti AMD Turion 64 x2.



2. Memori
Sesebuah laptop akan mempunyai kapasiti memory yang berbeza-beza. Misalnya apabila menggunakan OS Window Vista ia memerlukan memory minima sebanyak 512 MB. Jika memori yang dimiliki kurang, maka harddisk akan digunakan sebagai memori. Ini akan melambatkan performace laptop. Jadi, lebih besar memori adalah lebih baik dan memori laptop boleh ditambah kemudian hari apabila diperlukan.


3. Harddisk

Media penyimpan yang terkenal masa kini ialah SSD ( Solid State Drive) dan harddisk. SSD lebih baik dari segi performance kerana lebih cepat. Kerana harganya yang mahal laptop masa kini lebih menggunakan harddisk.



4. Video Card

2 jenis iaitu:-
  • Integrated: Menggunakan RAM
  • Dedicated: Menggunakan memori sendiri. Jenis ini lebih baik dan sesuai untuk pengguna yang gemar games.




5. Pilihan Laptop Berdasarkan Ukuran Layar.

Ini kerana ia mempengaruhi harga sesebuah laptop/ notebook.

  • Desktop Replacement:



Ukuran layar : 14 dan 15 inci
Pengguna: sesuai untuk kebanyakan pengguna seperti ahli perniagaan, pelajar, gamers
Harga: tidak tetap dan beragam mengikut jenis

  • Ultraportable: 



Ukuran layar: 11-13 inci
Pengguna: dirokemenkan kepada ahli perniagaan dan yang sering melakukan perjalanan
Harga: lebih mahal dari desktop replacement kerana lebih ringan dan senang dibawa kemana-mana

  • Netbook:








Ukuran layar: 7-10 inci
Menggunakan processor Intel Atom dan sesuai untuk tujuan browsing, chatting, dan kerja sederhana. Hardware seperti drive optic tidak ada dan miliki touchpad yang kecil.

  • Gaming: 


Ukuran layar: 16 inci ke atas
Ukuran layar yang besar supaya semasa bermain games, skrin lebih jelas dan lebih selesa digunakan.