Microsoft's Windows adalah sebahagian daripada sistem operasi yang mana ianya sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP, Windows Vista dan yang terbaru ialah Windows 7 yang dilancarkan pada tahun 2009.
Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan MIcrosoft menaiktaraf perisian Windows kepada sebuah sistem operasi.
Windows NTmula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil.
Antara jenis-jenis Windows adalah:
1) windows 95
- Merupakan sistem pengendalian yang berasakan antaramuka pengguna grafik yang berorientasikan pengguna rumah. Antaramuka pengguna Windows 95 adalah faktor utama bagi kejayaan besar Windows 95 sebagai sistem pengendalian paling berjaya pernah dihasilkan pada masa tersebut dalam masa 1-2 tahun selepas dilancarkan. Windows 95 terbukti sangat berjaya sehingga mampu menyebabkan banyak pemain utama sistem pengendalian serasi DOS gulung tikar, satu faktor utama yang kemudiannya membawa kepada tuduhan monopoli sistem pengendalian yang dihadapi Microsoft beberapa tahun kemudian. Terdapat beberapa edisi Windows 95 iaitu antaranya Windows 95 (versi 4.00.950): 1995, Windows 95 (versi 4.00.950): 1995, Windows 95 OEM Service Release 1 (OSR1) (versi 4.00.950A): 1996 - disertakan IE 2.0.
2) windows 98
- Windows 98 adalah sistem operasi bergrafik yang dilancarkan pada 25 jun 1998 sebagai pengganti kepada Windows 95. Seperti Windows 95, Windows 98 adalah sistem pengendalian hibrid 16/32-bit berasaskan MS-DOS. Pengganti kepada Windows 98 ialah Windows ME.
3)windows ME (millennium Eddition)
- Merupakan Sistem pengendalian hibrid 16/32-bit yang dilancarkan pada 14 September 2000 oleh Microsoft.Ianya adalah pengganti kepada windows 95 dan 98 dan disertakan dengan perisian Internet Explorer 5.5, WMP 7, dan Windows Movie Maker, sebuah perisian suntingan video asas yang ringkas dan mudah digunakan. Selain itu, antaramuka Windows Me juga direkabentuk bagi menyerupai Windows 2000.
4) windows NT(new Technology)
- windows ini merupakan keluarga sistem operasi yang mana versi pertamanya dilamcarkan pada 1993.Ia merupakan sistem pengendalian berkuasa berasaskan bahasa tahap tinggi, bebas daripada pemproses, pemprosesan berganda dan penggunaan berganda. Ia bertujuan untuk melengkapi versi-versi pengguna Windows yang berdasarkan MS-DOS. Windows 2000, Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista dan Windows 7 adalah berdasarkan sistem Windows NT system, walaupun mereka tidak dijenamakan sebagai Windows NT.
5) Windows XP
- Akronim XP adalah singkatan daripada perkataan eXPerience (pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada. Dilancarkan pada Oktober 2001. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.
-Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian (dan seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh lanun-lanun cetak rompak.
6) Windows Vista
- merupakan versi keenam bagi keluarga sistem penegendalian Microsoft Windows. mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005. Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas perkenalan, Windows XP, menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaran Microsoft Windows.
7) Windows 7
-Versi terkini bagi sistem pengendalian MIcrosoft Windows. Berbeza dengan Vista yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 dirancang supaya menjadi tatar yang terfokus dan kecilan kepada barisan Windows, dengan matlamat keserasian penuh dengan perisian dan perkakasan yang sudah serasi dengan Windows Vista. Windows 7 Beta mengatasi Windows XP dan Vista dalam beberapa aspek penting, termasuk masa yang diambil untuk dibut dan ditutup serta pengurusan fail seperti memuat dokumen. Namun begitu, masih ada kelemahannya berbanding XP, termasuk uji tanda aras PC Pro untuk kegiatan pejabat seharian dan penyuntingan video yang masih sama seperti Vista dan perlahan berbanding XP.
0 comments:
Post a Comment