I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label chapter 9. Show all posts
Showing posts with label chapter 9. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN VPN

KELEBIHAN VPN


Teknologi VPN mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah:


1) Biaya relatif murah
VPN merupakan teknologi yang dibangun dengan memanfaatkan jaringan internet milik awam tanpa perlu membangunkan jaringan pribadi. Dengan demikian, hanya sambungan ke internet diperlukan untuk menggunakan VPN, sehingga biaya yang diperlukan secara relatifnya lebih murah.



2) Fleksibiliti.
Semakin berkembangnya internet dan makin banyaknya pengguna yang menggunakannya, ini membuatkan VPN juga turut berkembang. Setiap pengguna dapat bergabung dalam VPN yang telah dibangun tanpa jarak dan waktu yang terbatas . Fleksibiliti dapat dicapai apabila pengguna tersebut connect dengan internet dan mendapat izin menggunakan VPN.


3) Mudah diatur 
Keseluruhan VPN dapat diatur dalam server VPN sendiri, dan untuk dapat digunakan oleh klien, maka perlu diinstal aplikasi VPN pada klien.


4) Mengurangi kerumitan pengaturan dan teknologi tunneling.
Tunneling atau terowongan merupakan kunci utama pada VPN. Sambungan peribadi dalam VPN dapat terjadi dimana saja selama terdapat tunnel yang menghubungkan pengirim dan penerima data. Dengan adanya tunnel ini, maka tidak diperlukan pengaturan-pengaturan lain yang ada di luar tunnel tersebut, asalkan sumber dari tunnel tersebut dapat menjangkau tujuannya.


KEKURANGAN VPN


1)  VPN memerlukan perhatian yang serius pada keamanan jaringan umum (internet).
Oleh karena itu tindakan yang tepat diperlukan untuk mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diingini seperti hacking dan tindakan cyber crime pada jaringan VPN.


2) Ketersediaan dan prestasi jaringan khusus perusahaan sangat bergantung pada faktor-faktor yang berada di luar kawalan pihak perusahaan, kerana teknologi VPN ini memanfaatkan media internet. Kecepatan dan transmisi data tidak dapat diatur oleh pihak pengguna jaringan VPN kerana traffic yang terjadi di internet melibatkan semua pihak pengguna internet di seluruh dunia.


3) Ada kemungkinan peranti pembangun teknologi jaringan VPN dari beberapa vendor yang berbeza tidak dapat digunakan secara bersama-sama kerana standard yang ada untuk teknologi VPN belum memadai. Oleh kerana itu, fleksibiliti perlu dalam memilih peranti yang sesuai dengan keperluan.


MANFAAT RANGKAIAN (NETWORKING)


Pada zaman teknologi maklumat sekarang, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).


Wujudnya Sistem Rangkaian Komputer telah memberikan beberapa manfaat yang besar kepada penguna-penggunanya. Melalui rangkaian ini, pengguna boleh berkongsi menggunakan perisian serta fail. Perkongsian , penyalinan serta penghantaran perisian serta fail dapat dilaksnakan secara talian. Ini bermakna pengguna tidak perlu menghabiskan sumber kewangan yang besar untuk membelikan perisian untuk setiap unit komputer mereka. Pengguna hanya perlu membeli sebuah perisian versi rangkaian contohnya LAN Version sudah memadai untuk semua komputer yang terdapat di dalam rangkaian tersebut menggunakannya.


Pengguna juga boleh berkongsi data atau perisian pada masa yang serentak contohnya tiga orang pekerja di dalam suatu jabatan, bekerja dengan menggunakan hamparan helaian yang sama. Keupayaan ini khususnya berguna di dalam kes pangkalan data, yang perlu dicapai dan ditukar oleh beberapa orang di dalam satu organisasi.


Selain daripada itu ialah kemampuan para pengguna rangkaian berhubung serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Pengguna juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer melalui proses yang dikenali sebagai mel eletronik serta perisian “chat” di dalam persekitaran rangkaian turut membolehkan sesebuah pejabat serta tempat kerja berkomunikasi serta berhubung di antara satu sama lain. Malah, penghantaran memo serta dokumen di dalam sesebuah syarikat yang kelazimannya merupakan budaya serta kaedah kerja di dalam sesebuah pejabat atau syarikat sudah menjadi tidak relevan serta berguna lagi.


Sistem Rangkaian Komputer turut membenarkan beberapa komputer berkongsi perkakasan yang sama contohnya mesin pencetak, pengimbas, CD ROM dan kelengkapan faks yang mahal. Contohnya, sebuah pejabat yang mempunyai dua puluh buah komputer, tidak perlu mendapatkan dua puluh buah mesin pencetak untuk membolehkan mereka melakukan tugas cetakan mereka. Sebuah mesin pencetak yang disambungkan kepada mana-mana komputer peribadi di dalam rangkaian tersebut akan dapat dikongsi bersama oleh komputer-komputer peribadi di dalam sitem rangkaian tersebut.


Konsep rangkaian juga tidak terhad kepada satu-satu lokasi atau perniagaan sahaja. Internet sebagai contoh, satu daripada beberapa rangkaian yang ada, berupaya menghubungkan pengguna komputer dari merata pelusuk dunia. Pengguna boleh menjalankan atur cara komputer dari benua lain dan boleh mencipta “halaman rerumah” (homepage) supaya berjuta-juta orang yang tidak dikenali boleh membacanya.

Internet juga membolehkan pelajar-pelajar khasnya serta pengguna-pengguna amnya mencari pelbagai variasi maklumat yang mereka inginkan mengenai apa-apa sahaja dari mana-mana sudut dunia dengan hanya melayari dunia internet. Satu kelebihan lagi ialah segala maklumat yang mereka inginkan itu akan mereka dapati di dalam jangkamasa yang singkat sahaja.