I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 15, 2011

Sekilas cerita tentang ‘Bapa Internet Dunia’

Kat atas tadi kitorang da cerita tentang bagaimana dan bila Internet mula ditemukan..now, kitorang nak cerita tentang seseorang yang digelar Bapa Internet Dunia. Orang yang dimaksudkan itu ialah Tymothy John Berners-Lee. Beliau lahir di London pada tahun 1955. 



Setelah menamatkan sekolah d iEmanuel School di London, dia belajar Fizik di Queen’s College, Oxford University dan lulus tahun 1976. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di salah satu syarikat telekomunikasi di Inggris iaitu Plessey Telecommunications.

Bernes-Lee bekerjasama di di CERN(Conseil Europeean pour la Recherche Nucleaire) pada tahun 1980 dan membuat sebuah program yang belum diterbitkan pada masa itu yang dikenali sebagai ENQUIRE iaitu titik permulaan lahirnya apa yang dikenali sebagai Web. 




Pada tahun 1981 beliau dilantik founding director oleh  Image Computer System Ltd.  dan bertanggungjawab sebagai designer teknik. Pada tahun 1984 beliau kembali bekerja ke CERN untuk mengusahakan sebuah projek hypertext global yang kita kenali sebagai World Wide Web(www).  

Beliau juga merancang system untuk mencipta Uniform Resource Locator(URL) dan Hypertext Markup Language(HTML).

Pada tahun 1994, beliau bekerjasama dengan Laboratory for Computer (Massachusetts Institute of Technology (MIT)) di Cambrigde, Amerika Syarikat untuk mengembangkan lagi WWW. Beliau kemudiannya mengendalikan World Wide Web Commission(W3C) iaitu sebuah forum terbuka bagi syakirat dan organisasi pengguna WWW.

Bernes-Lee juga telah menulis sebuah buku tentang sejarah Web yg bertajuk Weaving the Web pada tahun 2000 yang menceritakan tentang visinya berkaitan penggunaan dan masa depan Web. 

Beliau telah dilantik menjadi anggota oleh organisasi2 pendidikan terkenal di dunia seperti British Computer Society, American Academy of Arts and Sciences, MacArthur Fellowship (1998) dan The Royal Society (2001).

Inilah Bunga Viola Tricolor.

IT, Internet dan Ciri-Ciri

Internet merupakan satu fenomena yang sangat unik. Ia sering dikatakan sebagai ciptaan terbaik abad ke-20. Mempelajari Internet bukanlah sesuatu yang mudah kerana Internet merangkumi aspek yang sangat luas. 

Usaha untuk mempelajari Internet sering ditumpukan kepada penguasaan aplikasi Internet tanpa memberi penekanan kepada penghayatan falsafah, semangat, budaya dan etika Internet.

Sebenarnya penghayatan falsafah, semangat dan budaya Internet ini amat penting kerana ia boleh membantu membentuk sebuah masyarakat yang berpengetahuan tinggi. Penghayatan etika Internet pula boleh menghasilkan penggunaan Internet yang lancar dan teratur.




FALSAFAH DAN INTERNET

Rangkaian Internet yang ada pada hari ini mula dibina pada akhir tahun 1969 oleh sebuah agensi penyelidikan, iaitu Advance Research Project Agency (ARPA). Rangkaian Internet ini dinamakan ARPANET.

Ia didirikan oleh sekumpulan ahli penyelidik dan akademik yang ingin menjadikan rangkaian komputer sebagai alat komunikasi yang berkesan untuk berkongsi maklumat.

Internet meletakkan ilmu dan maklumat di satu tahap yang tinggi. Ia memupuk semangat kerjasama dua hala di mana setiap yang terlibat menjadi penyumbang kepada kandungan ilmu dan maklumat.

Berkongsi serta menyampaikan ilmu dan maklumat pula telah menjadikan Internet satu medan yang bebas digunakan oleh sesiapa saja yang hendak mempelajari atau menyampaikan sesuatu maklumat. Kebebasan ini juga mendedahkan Internet kepada unsur-unsur negatif.



APAKAH INTERNET?


Perkataan Internet berasal daripada gabungan perkataan internet dan network, iaitu inter-net atau antara rangkaian. Jika internet merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menyambungkan rangkaian komputer di antara satu sama lain, maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian computer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian yang dikenali sebagai TCP/IP. Ini merupakan takrifan Internet dari sudut teknikal.

Internet boleh ditakrifkan sebagai apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna, kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi.

Terdapat dua takrifan yang boleh digunakan untuk memudahkan ia dipelajari, iaitu Internet dari aspek bagaimana ia berfungsi dan Internet dari aspek aplikasinya. Lazimnya kebanyakan pengguna Internet lebih cenderung untuk mengetahui tentang aplikasi Internet daripada bagaimana ia berfungsi. 

Bagaimanapun, jika pengetahuan tentang Internet mengikut dua definisi ini dapat dikuasai dengan baik, maka penggunaan Internet akan menjadi lebih mudah, lancar dan berkesan.





CIRI-CIRI UTAMA INTERNET



1.    Rangkaian Global

Internet adalah sebuah rangkaian yang mempunyai capaian global yang tidak mengenali sempadan Negara. Ia mempunyai saiz, bilangan komputer dan pengguna yang sangat besar. Kini hampir seluruh Negara di dunia mempunyai sambungan Internet.

2.    Rangkaian Digital

Internet merupakan sebuah rangkaian digital yang mempunyai banyak kelebihan. Maklumat yang hendak disampaikan boleh dibina, diubah dan ditambah dalam masa yang singkat dengan kos yang minima. 

Maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, audio dan video boleh digabungkan bagi menghasilkan aplikasi multimedia yang menarik.

3.    Rangkaian yang Beroperasi Serta Merta

Kesemua aplikasi Internet berfungsi secara serta merta dalam masa nyata. Ini membolehkan Internet digunakan untuk menjalankan aktiviti yang berbentuk interaktif atau yang memerlukan penghantaran data dengan serta merta. 

Internet juga boleh digunakan bagi menyokong aplikasi yang berbentuk on-line yang semakin banyak diperlukan masa kini.

4.    Rangkaian yang Beroperasi Setiap Masa

Internet merupakan sebuah rangkaian yang beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Ini membolehkan ia digunakan setiap masa mengikut kesesuaian pengguna, tidak kita dimana dia berada. 

Sebuah organisasi yang beroperasi di beberapa lokasi berasingan seperti di Eropah, Asia dan Amerika boleh beroperasi 24 jam sehari dengan bantuan Internet yang tidak pernah ‘tidur’. Melalui Intenet, sesuatu tugasan boleh dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain tanpa henti.