I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

McAfee: Virus Protection and Internet Security

Apabila kita menggunakan komputer dan menyimpan dokumen2 penting, tentu saja kita akan risau jika komputer kita dimasuki virus yang akan menyebabkan fail2 yang kita hilang. Virus komputer merupakan nama yang di ambil dari virus biologi yang merupakan program komputer yg mampu menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa pengetahuan dan kebenaran kita. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti  cakera liut, cakera padat dan pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.
Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.
Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat  dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, email dan perkongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri. 


McAfee Internet Security 





McAfee Internet Security terbaru adalah perisian antivirus yang mampu memberi perlindungan yang  baik kepada komputer anda.  Ia dapat di install dengan cepat, scanning yang cepat dan efektif serta memerlukan ruang memori yang kecil sahaja.  Menurut McAfee, versi baru 2010 akan berjalan 55minit lebih cepat berbanding versi 2009 sebelumnya dan membolehkan komputer shut down 30 peratus lebih cepat. Ianya telah dibangunkan lapan kali lebih cepat dari edisi yang sebelumnya. Perisian ini telah direka untuk membuatkan hidup anda lebih mudah. Antivirus ini menggunakan perlindungan yang sangat cekap untuk menyekat virus yang telah dikenalpasti dari memasuki komputer anda. Ianya lebih baik dari Malware, Kaspersky dan Symantec. 

0 comments:

Post a Comment