Pernahkan anda menghadapi masalah untuk melindungi data daripada diakses oleh mereka yang tidak sewajarnya?Misalnya anda mahu melindungi maklumat sulit seperti senarai kata laluan, ID pengguna, senarai alamat klien perniagaan dan sebagainya. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk melakukannya antaranya ialah dengan menggunakan perisian percuma tetapi unik seperti Steganos LockNote yang boleh diperolehi di http://www.steganos.com.
Ciri-ciri Istimewa Steganos LockNote
- Mampu melindungi nota anda seperti maklumat kata laluan, login pengguna dan sebagainya. Semua data menggunakan format teks mampu dilindungi. Data anda akan dilindungi dengan kata laluan yang dilengkapi dengan mekanisma teknologi enkripsi AES 256 bit termoden.
- Selamat dan mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu double-clik dan masukkan kata laluan untuk mengakses data teks anda seperti biasa.
- Tiada pemasangan (installation) diperlukan. Selepas dimuat-turun dari laman web, LockNote boleh terus digunakan. Anda juga boleh menyimpan aplikasi ini dalam storan USB untuk keselamatan data dalam perjalanan
- Hanya klik dan seret sahaja untuk menjadikan fail teks anda yang sedia ada dilindungi dengan kata laluan.
- Perisian ini adalah percuma dan menggunakan teknologi Open Source.
- Perisian ini menyokong Windows 2000, XP dan Vista.
Cara Penggunaan
Jika ada berminat dengan perisian ini untuk melindungi data sulit, jangan keberatan untuk mencubanya. Ini kerana perisian ini tidak dikenakan sebarang bayaran dan seratus peratus percuma. Perisian ini pantas dimuatkan, selain pantas melakukan enkripsi. Langkah dibawah ini akan menjelaskan secara sepintas lalu teknik untuk menggunakan LockNote.
- Muat turun perisian ini dari tapak web pembangun perisian iaitu www.steganos.com. Klikdisini dan akan dibawa ke laman muat turun. Kemudian klik perkataan ‘Download via HTML’ dan simpan fail dalam sebuah Folder.
- Perisian ini bebas (standalone) dan tidak perlu dipasang (install). Dwi klik pada failnya untuk membuka tetingkap utama dan membaca maklumatnya. Klik Run untuk buka fail. Ketika ini kata laluan (password) belum diisi. lihat rajah 1.
- Sekarang, anda boleh memadamkan keterangan ringkas mengenai perisian ini yang dipaparkan tadi. Bagi menetapkan kata laluan, klik menu [File], kemudian klik pilihan [Change Password].
- Tetingkap untuk memasukkan kata laluan akan muncul. Isikan maklumat kata laluan pilihan anda (rajah 3). Pastikan kata laluan anda kukuh dan mudah diingati. Setelah berpuashati, tekan butang OK. Hasilnya, kata laluan yang telah ditetapkan tadi akan diaktifkan sebaik sahaja anda menutup tetingkap perisian ini
- Buka semula perisian ini untuk memuatkan data yang hendak dilindungi selain mengeditnya. Anda juga boleh mengheret fail teks kedalam tetingkap perisian ini. Setelah selesai, klik menu [File] > [Save As] dan tulis nama fail yang kehendaki.
- Fail asal perisian ini menggunakan nama LockNote. Anda boleh gunakan nama lain yang sesuai. Sebaik-baiknya nama yang senang diingati. Hanya klik kanan pada perisian ini dan pilih [Rename].
- Perisian ini boleh dihantar melalui email tetapi perlu dimampatkan terlebih dahulu (zip). Ini kerana perisian yang menggunakan format *.exe tidak boleh dihantar melalui email kecuali dimampatkan dahulu.
p/s: Hanya email Yahoo sahaja boleh hantar fail format *.exe ini.
Perisian ini amat berguna untuk melindungi data sulit anda dan yang menariknya ia boleh dimuatkan kedalam storan USB dan diakses dalam mana-maca PC yang anda mahu. Sekian sahaja untuk kali ini dan semoga kita mendapat manfaat dari perisian percuma yang unik ini. Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment