I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 6, 2011

JENAYAH SIBER


Keupayaan internet menyebar maklumat ke seluruh dunia adalah satu alat komunikasi yg menjadikannya sangat penting pada zaman ini. Berjuta- juta laman web telah diwujudkan untuk menyebarkan maklumat. Tidak kira benar atau salah samada fakta,ideologi, tidak kurang juga pornografi banyak dimuat naik ke internet. Penggunaan internet tanpa kawalan telah menyumbang banyak kes-kes jenayah siber yang berlaku. Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar contohnya adalah seperti: 
1.     Penipuan
2.     Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3.     Kecurian maklumat.
4.     Capaian secara tidak sah keatas sistem
5.     Menyalin perisian secara tidah sah.
6.     Pengintipan
7.     Judi siber


Selain itu,kita juga mungkin akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah


1.     Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
2.     Kepentingan ekonomi
3.     Berbeza takrifan jenayah
4.     Kepentingan ketenteraan
5.     Sikap manusia "Human attitude".



Contoh Jenayah Siber




Antara contoh jenayah siber adalah penipuan perkhidmatan bank secara online yg telah diwujudkan secara palsu. Menurut seorang pakar komputer yang enggan dikenali, “dengan hanya memiliki sebuah komputer, Internet dan perisian pelayar, seseorang boleh mencipta laman web bank untuk melesapkan berjuta ringgit wang pelanggan. Malah untuk mencipta laman web palsu ini, mereka tidak memerlukan masa yang lama, hanya kira-kira satu hingga dua jam sahaja,” katanya sambil menjelaskan perisian yang dimaksudkan boleh didapati di pasaran. Kegiatan itu bagaimanapun tidak boleh meniru URL (alamat domain) asal laman web berkenaan kerana ia dilindungi, tetapi mereka boleh mewujudkan rangkaian alternatif sehingga mengelirukan para pelanggan bank. , jika jenayah seperti pembunuhan, rompakan dan sebagainya dilakukan, bukti fizikal mampu didapati untuk mensabitkan jenayah namun kalau ia membabitkan jenayah siber pasti menyulitkan keadaan memandangkan buktinya boleh dihapuskan dengan memadam maklumat tertentu.

0 comments:

Post a Comment