I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 6, 2011

EMPAT LANGKAH UNTUK MELINDUNGI KOMPUTER ANDA

Sebagai pengguna komputer, kita bukan saja perlu mengetahui cara2 menggunakan komputer, akan tetapi kita juga perlu mengetahui cara2 untuk melindungi komputer kita dari ancaman virus dan memastikan jangka hayat komputer kita tahan lebih lama. Di sini saya nak kongsikan empat langkah untuk menjaga komputer anda:  





1. Pastikan sistem komputer anda dikemaskini 

  • Mengemaskini sistem di dalam komputer seharusnya menjadi satu  kemestian dalam penjagaan komputer kerana ia merupakan perlindungan terakhir dari aktiviti jahat dalam talian . Pastikan pengemaskinian itu dilakukan secara berjadual contohnya setiap hari Ahad atau dua minggu sekali. 
2. Pasangkan firewall pada komputer anda. 

  • Firewall adalah satu langkah untuk menolong kita melindungi komputer anda daripada penggodam yang jahat serta yang mana mintanya hanya tahu menggodam komputer orang lain . Tujuan utama penggodam adalah untuk mendapatkan semua butiran peribadi yang anda simpan didalam komputer anda .
    Terdapat tiga jenis asas firewall iaitu perisian , perkakasan router dan router tanpa wayar. Perisian adalah keselamatan internet yang ada fungsi firewall , manakala perkakasan router pula membolehkan anda membuat tetapan untuk menghalang sebarang niat jahat yang dikenalpasti . Begitu juga dengan router tanpa wayar dan ia boleh menghalang segala anasir jahat yang menggunakan rangkaian tanpa wayar.

3. Kemaskini perisian antivirus. 

  • Virus dan spyware adalah dua jenis perisian jahat yang anda perlu jauhkan dari komputer anda . Anda memerlukan teknologi antivirus untuk menghalang virus dan pastikan komputer anda kerap dikemaskini .Tiada sebarang sistem yang boleh menjamin keselamatan komputer 100% dari virus . Apa yang anda boleh lakukan ialah anda boleh terus meningkatkan keselamatan komputer anda supaya komputer anda mempunyai peratusan yang rendah dari dijangkiti oleh si virus ni . Pastikan anda mempunyai sistem antivirus yang baik dan selalu untuk mengupdatenya..jangan malas .
    P/S - Untuk keselamatan pastikan sebelum anda melakukan sesuatu seperti menggunakan USB anda perlu untuk membuat    pemeriksaan dengan sistem antivirus yang anda ada.

4. Pastikan teknologi antispyware yang terkini.

  • Walaupun program spyware berlainan daripada virus ia boleh bertindak seakan virus dan menghasilkan risiko yang sama . Untuk berlindung terhadap spyware gunakan perisian antispyware seperti windows defender .
    Virus dan spyware adalah dua jenis perisian jahat yang perlu komputer anda elakkan . Dapatkan perisian spyware untuk mengelak spyware dan pastikan ianya selalu dikemaskini . Spyware dan sebarang perisian jahat akan menggugat keperibadian anda , mengangu anda dengan tetingkap pop up , memperlahankan komputer dan boleh merosakkan komputer anda .
    Terdapat beberapa cara melindungi komputer anda dari spyware dan perisian jahat . langkah pertama adalah menggunakan firewall . Langkah ketiga ubah tetapan pada pelayar web anda Internet (internet explorer atau firefox) iaitu mengubah pada Tools > Internet options > Security.



0 comments:

Post a Comment