I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 18, 2011

SISTEM MAKLUMAT part 2


EVOLUSI SISTEM MAKLUMAT

1970- Tekankan laporan dan maklumat yang berkaitan untuk membantu pihak pengurusan .
-Maklumat diambil daripada pelbagai
sumber berkaitan

1980- Peranan sistem maklumat selaras dengan perkembangan teknologi komputer , perisian dan rangkaian
-Aplikasi teknologi maklumat dalam pengurusan

1990- Muncul dimensi , di mana konsep sistem maklumat eksekutif . Fenomena ini dicetuskan oleh perkembangan bidang buatan Arificial Intelligent (AK) , sistem pakar (Expert Sistem ES) dan sistem -pekerja pengetahuan (Knowledge Worker System KWS).

Terkini Sistem maklumat digunakan sebagai satu alat (tool) yang berkesan.Dengan itu , muncul sistem maklumat strategik yang berperanan menyediakan organisasi dengan limpahan maklumat.

JENIS SISTEM MAKLUMAT
  1. Sistem Sokongan Keputusan
  • Dikenali Decision Support System (DSS)
  • Diguna sbg aplikasi bantuan pihak pengurusan atasan & mengendali keputusan tidak berstruktur
  
   2.  Sistem Maklumat Eksekutif
  • Dikenali Executive Information System & Menyerupai Sistem Sokongan Keputusan
  • Khusus untuk penggunaan pengurusan atasan dalam membuat keputusan strategik

    3.   Sistem Pakar
  • Dikenali Expert System
  • Digunakan oleh pihak pengurusan dan bukan pengurusan
  • Satu aturcara yang diguna khusus untuk tujuan membuat keputusan
  • Keputusan mirip keputusan yang dibuat manusia
    
    4 .  Sistem Pengkomputeran Pengguna Akhir
  • Dikenali End User Computing System
  • Sistem yang menyokong kedua dua pihak : pengguna dan pengurusan
  • Menggunakan komputer peribadi dan perisian yang sesuai dengan tugas masing masing.

    5.  Sistem Maklumat Strategik
  • Dikenali Strategic Information System
  • Sebagai alat sokongan dalam perniagaan
  • Merangka strategi untuk memenangi persaingan perniagaan
  • Gabungan pelbagai jenis sistem maklumat
  • Peranan membantu organisasi lebih berdaya saing

    6.  Sistem Maklumat Perniagaan
  • Menyokong operasi dan pengurusan bagi aktiviti asas bisnes sesebuah syarikat
  • Aplikasi termasuk sistem pengilangan,pengeluaran,sistem kewangan,perakauanan,sumber manusia dan pemprosesan transaksi

    7.  Sistem Maklumat Bersepadu
  • Dikenali Integrated Information System
  • Menggabungkan kesemua sistem maklumat yang dibincangkan diatas
  • Tujuan : memudahkan penggunaan sistem tersebut

    8.  Sistem Maklumat Pengetahuan
  • Dikenali Knowledge Worker System
  • Mengumpulkan (capture) pengetahuan daripada pelbagai sumber dan pakar dalam sesuatu perkara khusus
  • Sistem ini dilakukan hanya dengan memasuki laman web dan pelayan web tertentu
KOMPONEN SISTEM MAKLUMAT BERKOMPUTER
  1. Data
  2. Perisian
  3. Perkakasan
  4. Manusia
  5. Prosedur
  6. Rangkaian


0 comments:

Post a Comment