I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 18, 2011

PERANAN SISTEM MAKLUMAT

1.Menjalankan operasi perniagaan 
*Menjalankan urusan pentadbiran , dan aktiviti perniagaan sesebuah organisasi
*Menyediakan perkhidmatan , memperkenal dan menjual barangan dan seterusnya memperolehi keuntungan
*Untuk memastikan urusan perniagaan boleh dilaksanakan , satu sistem yang cekap dan memenuhi semua kehendak perniagaan 
2.Membuat keputusan oleh pihak pengurusan
*Data -data dan maklumat transaksi dari aktiviti harian diguna pihak pengurusan
untuk membuat analisa , meramal dan seterusnya dan membuat keputusan penting tentang sesuatu perkara
*Maklumat -maklumat ini digunakan untuk merangka pelan tindakan strategik dan hala tuju 
3.Kemampuan bersaing 
*Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk merangka rancangan dan tindakan susulan dalam usaha mengekalkan daya saing syarikat dalam pasaran semasa

CIRI MAKLUMAT 
1-Ketepatan
Dinilai berdasarkan beberapa perkara : sumber maklumat tersebut diambil , cara pengambilannya , pihak yang mengambilnya , pihak yang menyebarkannya , bertepatan dengan realiti dengan semasa yang berlaku

2-Lengkap
Jika maklumat yang diperolehi tentang sesuatu perkara tidak menyeluruh dan tidak lengkap akan menyebabkan keputusan sukar dibuat dan mengakibatkan juga ketidaktepatan dalam keputusan yang telah dibuat 
3-Jimat
Maklumat seharusnya bersifat murah untuk diperolehi
Para pembuat keputusan hendaklah sentiasa menyumbangkan nilai maklumat dengan kos perbelanjaan untuk memperolehinya
Antara perkara yang perlu diambil kira ialah berpatutankah kos perbelanjaan yang perlu dikeluarkan berbanding dengan perolehan dan nilai produk yang akan dikeluarkan nanti
Jika nilai maklumat itu adalah mahal tetapi ianya akan membawa peluang yang besar kepada syarikat , pelaburan untuk memperolehinya adalah satu keperluan

4-Anjal
Maklumat yang anjal ialah maklumat yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan
Maklumat anjal amat penting dalam urusan perniagaan syarikat -. -. - 
5-Boleh dipercayai
Maklumat yang boleh dipercayai membolehkan kebergantungan pengguna kepadanya
Kebolehpercayaan bergantung kepada kaedah pengumpulan data, juga sumber maklumat tersebut bergantung kepada
Penggunaan maklumat yang tidak boleh dipercayai , akan mendatangkan risiko dan kesan buruk amat ketara dalam syarikat

6-Perkaitan
Maklumat yang relevan dan berkaitan dengan perkara yang perlu diputuskan adalah amat penting bagi para pembuat keputusan
Kegagalan mengambil kira perkaitan sesuatu perkara dangan perkara yang lain, akan membawa padah aspek pengurusan

7-Ringkas
Maklumat yang baik sepatutnya bersifat ringkas
Ringkas disini dalam erti kata merangkumi semua fakta yang diperlukan terus kepada butiran perkara yang tidak menyimpang dari topik asal
Ia juga bermaksud mudah difahami , bukan yang kompleks

8-Mudah diperolehi
Maklumat yang mudah diperolehi membantu operasi berjalan lancar
Juga berkait rapat denga aspek penyimpanan data cara dan lokasi penyimpanan maklumat yang teratur menjadikan maklumat mudah diperolehi bila diperlukan 
9-Pengesahan
Maklumat yang baik dan bernilai harus boleh disahkan kita boleh memeriksanya sama ada benar atau sebaliknya 
Cara pengesahan boleh dilakukan dengan cara menyelidiki sumber maklumat itu
Pengesahan penting untuk membolehkan kita yakin dengan maklumat tersebut

10-Mudah dimasuki
Maklumat seharusnya mudah dimasukioleh pengguna yang berhak , memperolehinya apabila diperlukan

11- Keselamatan
Maklumat mesti selamat daripada dimasuki pengguna yang tidak berhak dan tidak terlibat
Ada prosedur dan kaedah yang tertentu yang ditetapkan untuk menjamin keselamatan maklumat tersebut
Kaedah penyimpanan juga mesti sentiasa dipertingkatkan untuk mengelakkan dimasuki , dicuri atau dimusnahkan oleh penceroboh 
Sistem Maklumat Terbahagi Kepada 2: 
1 )PENGURUSAN SISTEM SOKONGAN OPERASI:
-Sistem Maklumat Pengeluaran
-Sistem Maklumat Pemasaran
-Sistem Maklumat Kewangan
-Sistem Maklumat Perakaunan
-Sistem Maklumat Sumber Manusia
-Sistem Maklumat Pemprosesan Transaksi 
2 )SISTEM SOKONGAN PENGURUSAN:
-Sistem Pengurusan Maklumat
-Sistem Sokongan Keputusan
-Sistem Sokongan Keputusan Kump
-Sistem Maklumat Eksekutif
-Sistem Sokongan Eksekutif
-Sistem Pekerja
-Pengetahuan

0 comments:

Post a Comment