Perkembangan arus teknologi bergerak sangat pantas dan amat sukar untuk kita ikuti secara keseluruhan. Saban hari ada sahaja idea dan koleksi2 baru yang muncul dalam dunia teknologi. Kali ini kami nak kongsikan sedikit maklumat mengenai evolusi Web 1.0,Web 2.0 dan Web 3.0.
Sebenarnya Era perkembangan Web bermula dengan Web 1.0 iaitu pada tahun 1990 hingga 2001. Web 1.0 adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, jadi pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan.
Seterusnya diganti oleh era Web 2.0 yang bermula dari tahun 2001 hingga 2009. Web 2.0 ini merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Pada web 2.0 content tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung2 yang lainnya dapat memberi komen, berkomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi.
Antara contoh yang jelas mengenai web2.0 adalah: youtube, facebook dan korang sendiri sudah sedia maklum.
Seterusnya perkembangan Web diteruskan lagi dengan kemunculan Web 3.0 pada tahun 2010. Antara ciri2 khas Web 3.0 adalah:-
1. Tranformation: Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu
2. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media
3. Network Computing: Perisian adalah sebagai model2 bisnes, service laman web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran computer, pengskalaan komputer, pelebarluasan komputer.
4. Open Technologies: Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform open source/percuma
5. Open Identity and Open ID: seluruh informasi adalah bebas
6. The interligent Web: Sebagai Semantic Web technologies termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan statement-based data stores.
7. Distributed Database: Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database)
8. Aplikasi bersifat pintar dan bijak
Syarat dan konsep yang paling penting dan perlu ada dalam Web 3.0 ialah bercirikan semantic web.Semantic Web adalah laman web yang dilengkapi struktur komputer yang boleh berfikir.
Jadi jika keseluruhan diatas dapat dilaksanakan dan dihasilkan barulah akan wujuds semantic web. SIOC ( http://sioc-project.org ) adalah pejuang yang menghasilkan semantic web.
Carian sumber:
0 comments:
Post a Comment