I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

McAfee: Virus Protection and Internet Security

Apabila kita menggunakan komputer dan menyimpan dokumen2 penting, tentu saja kita akan risau jika komputer kita dimasuki virus yang akan menyebabkan fail2 yang kita hilang. Virus komputer merupakan nama yang di ambil dari virus biologi yang merupakan program komputer yg mampu menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa pengetahuan dan kebenaran kita. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti  cakera liut, cakera padat dan pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.
Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.
Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat  dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, email dan perkongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri. 


McAfee Internet Security 





McAfee Internet Security terbaru adalah perisian antivirus yang mampu memberi perlindungan yang  baik kepada komputer anda.  Ia dapat di install dengan cepat, scanning yang cepat dan efektif serta memerlukan ruang memori yang kecil sahaja.  Menurut McAfee, versi baru 2010 akan berjalan 55minit lebih cepat berbanding versi 2009 sebelumnya dan membolehkan komputer shut down 30 peratus lebih cepat. Ianya telah dibangunkan lapan kali lebih cepat dari edisi yang sebelumnya. Perisian ini telah direka untuk membuatkan hidup anda lebih mudah. Antivirus ini menggunakan perlindungan yang sangat cekap untuk menyekat virus yang telah dikenalpasti dari memasuki komputer anda. Ianya lebih baik dari Malware, Kaspersky dan Symantec. 

Cara Mengembalikan Data Yang Terhapus ?

Apakah Anda pernah secara tidak sengaja menghapus file anda, kemudian sudah meng-empty recycle bin? Atau Anda telah format hard disk, data hilang kerana virus tapi ingin data tersebut kembali?

Anda dapat mengembalikan data anda semula dengan menggunakan Ontrack EasyRecovery Professional.

Pertama sekali download dulu software tersebut. Software ini menyediakan menyelesaian yang terbaik untuk mendapatkan kembali data yang hilang disebabkan oleh:

1.   Virus
2.   Sektor yang tidak terbaca
3.   Kesalahan aplikasi, sistem, atau shut down yang tidak normal.
4.   Kerosakan pada critical area.
5.   Ter-format
6.   Penyebab lain yang memungkinkan hilangnya data.

Software ini di-install pada Windows 98 SE, Me, 2000, atau XP, dan dapat me-recover data untuk pada semua sistem windows. Software ini memiliki empat feature utama, iaitu:

1.   Disk Diagnostics, iaitu tool untuk memeriksa keadaan hard disk sama ada berada dalam keadaan baik atau tidak.
2.    Data Recovery, iaitu tool untuk mengembalikan data, file kerana terhapus, terformat, dan sebagainya.
3.   Email Repair, iaitu tool untuk mengembalikan data email Outlook Express yang terhapus atau rosak.
4.   File Repair, iaitu tool untuk memperbaiki data, file Microsoft Word, Excel, Access, PowerPoint, dan ZIP (winzip) file yang rosak kerana virus atau sebab lain.

Mari kita lihat satu per satu kandungan yang ada dalam software ini.

1. Disk Diagnostics


Tool yang ada dalam Disk Diagnostics ini adalah:

  • Data Advisor, untuk membuat disket recovery.
  • Drive Tests, untuk memeriksa keadaan hard disk (disk drive).
  • Jumper Viewer, untuk melihat kedudukan jumper pada hard disk.
  • Partition Tests, untuk memeriksa bahagian hardisk.
  • Size Manager, untuk melihat kapasiti hard disk
  • SMART Tests, digunakan untuk memeriksa keadaan Self-Monitoring, Analysis and Reporting Technology pada suatu hardisk.

2. Data Recovery



Tool-tool yang ada dalam Data Recovery ini adalah:

  • Advanced Recovery, untuk mencari data yang sudah tidak dapat di-recover dengan tool lain, iaitu kerana ter-format, virus, atau hal lain.
  • Deleted Recovery, untuk mencari data yang sudah dihapus. Ini adalah tool yang paling sering dipakai penulis.
  • Format Recovery, untuk mencari data pada hard disk yang sudah di-format.
  • Raw Recovery, untuk mencari file yang hilang berdasarkan signature.
  • Resume Recovery, semua proses recovery dapat dihentikan sementara dan dilanjutkan pada lain waktu.
  • Emergency Media, untuk membuat disket atau CD yang digunakan untuk me-recover data / file hilang.

3. Email Repair, digunakan untuk mengembalikan data email Outlook dan Outlook Express yang hilang.





4. File Repair, digunakan untuk mengembalikan file-file Microsoft Office dan ZIP yang rosak. Tool ini dapat memperbaiki file Microsoft Word, Excel, Access, PowerPoint, dan ZIP (winzip) file yang corrupt / rosak kerana virus atau sebab lain.




Data atau file yang hilang lebih sulit di-recover jika:
1.   Anda menambahkan file baru setelah anda menghapus atau memformat hard disk.
2.   Anda menggunakan FAT32 dalam Windows XP.

Maklumat ini didapati pada blog myDeden.com di laman web di bawah:
http://dedenthea.wordpress.com/2008/04/05/gimana-caranya-mengembalikan-data-yang-terhapus/


Wearable Computers : Generasi Komputer Masa Hadapan.

Sekilas Tentang Wearable Computers. 

Kita memerlukan komputer di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ini menyebabkan kita terpaksa membawa komputer ke mana sahaja terutamanya apabila kita pulang ke kampung halaman. Ini memberikan kesukaran untuk kita berurusan dengan lebih selesa. Memahami keinginan pengguna untuk mendapatkan sesuatu alat yang dapat membantu tugasan harian, ramai penyelidik dan pengusaha berupaya untuk mencipta alat yang dapat memenuhi kehendak pengguna ini.

Sejarah  Wearable Computers



1990:Konsep ini timbul pada pertengahan tahun 1990-an apabila komputer aplikasi komputer digabungkan dengan interface dan head mounted display.


1996: Ahli penyelidik mendefinisikan wearable komputer sebagai alat yang membolehkan pengguna melakukan tugas dengan lebih efisyen.


2001: IBM membangunkan 2 prototype wristwatch computer. Ia adalah sebuah jam yang dapat menguruskan data, gambar, dan animasi. Ini adalah salah satu teknologi yang mengagumkan dan mendapat perhatian umum. Pengguna hanya perlu menyentuh skrin jam untuk mengoperasikannya.



Datalink USB Dress edition with Invasion video game


IBM Wearable Computer


International Business Machines, IBM adalah syarikat perundingan IT yang menjual komputer hardware dan software, memberikan perkhidmatan infrastruktur, perkhidmatan consulting dan perkhidmatan dalam bidang mainframe komputer dan nanotechnology. Ia dikenali sebagai sebuah syarikat komputer yang terbesar dan berpengaruh dalam bidang ini.



ZYPAD wrist wearable computer by Arcom Control Systems


Dibina pada 1998, IBM Wearable Computer, yang berasal daripada ThinkPad 560X. Ia mengandungi 233Mhz Intel processor, 64M of RAM dan 340MB IBM MicroDrive. Ia mengandungi Windows 98 dan merupakan set speech software iaitu IBM ViaVoice . Bateri Lithium-ion dapat bertahan antara 1-1.5 jam. Mempunyai resolusi 320x240 pixel. Alat ini dikawal oleh mikrofon untuk membolehkannya beroperasi.

Wearable Computers Fashion Show.

Sebelum ini mungkin ada diantara kita hanya beranggapan bahawa fesyen hanya untuk pakaian dan aksesori kecantikan sahaja. Pada tahun 2010, eTextile Fashion show telah dijalankan di Bay Area yang mengetengahkan fesyen berunsurkan teknologi. Ia kelihatan menarik kerana saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini.
Faire dan Lynne Bruning mencetuskan idea untuk mencipta fshion show yang menggabungkan technologi dan fashion, serta reality dan kemungkinan.
Disini disertakan contohnya untuk tatapan semua.



maklumat tentang wareable computer didapati di http://en.wikipedia.org/wiki/Wearable_computer


Komputer Masa Depan …

Semasa mencari maklumat tentang blog, saya terjumpa blog yang agak menarik yang menceritakan tentang teknologi masa hadapan. So, saya harap maklumat ini berguna untuk kita semua….

Kalau kita lihat zaman sekarang memang komputer amat diperlukan dalam kegunaan seharian kita terutama pelajar yang perlu siapkan tugasan dan buat report.

Memang setiap pelajar akan memiliki satu komputer. Ini bererti kegunaan permintaan terhadap komputer dan laptop semakin meningkat. Jadi tidak hairanlah harganya menjadi semakin murah untuk menarik kita membeli produk mereka.
Ramai penyelidik berusaha untuk mencipta laptop yang begitu canggih di luar imaginasi kita sendiri.
Berikut ini gambar-gambar komputer masa depan :







Sunday, February 27, 2011

JENIS-JENIS MICROSOFT'S WINDOWS

Microsoft's Windows adalah sebahagian daripada sistem operasi yang mana ianya sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP, Windows Vista dan yang terbaru ialah Windows 7 yang dilancarkan pada tahun 2009. 


Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan MIcrosoft menaiktaraf perisian Windows kepada sebuah sistem operasi.
Windows NTmula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil. 

Antara jenis-jenis Windows adalah: 

1) windows 95 
- Merupakan sistem pengendalian yang berasakan antaramuka pengguna grafik yang berorientasikan pengguna rumah. Antaramuka pengguna Windows 95 adalah faktor utama bagi kejayaan besar Windows 95 sebagai sistem pengendalian  paling berjaya pernah dihasilkan pada masa tersebut dalam masa 1-2 tahun selepas dilancarkan. Windows 95 terbukti sangat berjaya sehingga mampu menyebabkan banyak pemain utama sistem pengendalian serasi DOS gulung tikar, satu faktor utama yang kemudiannya membawa kepada tuduhan monopoli sistem pengendalian yang dihadapi Microsoft beberapa tahun kemudian. Terdapat beberapa edisi Windows 95 iaitu antaranya  Windows 95 (versi 4.00.950): 1995, Windows 95 (versi 4.00.950): 1995, Windows 95 OEM Service Release 1 (OSR1) (versi 4.00.950A): 1996 - disertakan IE 2.0. 



2) windows 98 
- Windows 98 adalah sistem operasi bergrafik yang dilancarkan pada 25 jun 1998 sebagai pengganti kepada Windows 95. Seperti Windows 95, Windows 98 adalah sistem pengendalian hibrid 16/32-bit berasaskan MS-DOS. Pengganti kepada Windows 98 ialah Windows ME. 



3)windows ME (millennium Eddition)
- Merupakan Sistem pengendalian hibrid 16/32-bit yang dilancarkan pada 14 September 2000 oleh Microsoft.Ianya adalah pengganti kepada windows 95 dan 98 dan disertakan dengan perisian Internet Explorer 5.5, WMP 7, dan Windows Movie Maker, sebuah perisian suntingan video asas yang ringkas dan mudah digunakan. Selain itu, antaramuka Windows Me juga direkabentuk bagi menyerupai Windows 2000. 





4) windows NT(new Technology) 
- windows ini merupakan keluarga sistem operasi yang mana versi pertamanya dilamcarkan pada 1993.Ia merupakan sistem pengendalian berkuasa berasaskan bahasa tahap tinggi, bebas daripada pemproses, pemprosesan berganda dan penggunaan  berganda. Ia bertujuan untuk melengkapi versi-versi pengguna Windows yang berdasarkan MS-DOS.  Windows 2000, Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista dan Windows 7 adalah berdasarkan sistem Windows NT system, walaupun mereka tidak dijenamakan sebagai Windows NT. 




5) Windows XP
- Akronim XP adalah singkatan daripada perkataan eXPerience (pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada. Dilancarkan pada Oktober 2001. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.
-Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian (dan seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh lanun-lanun cetak rompak.





6) Windows Vista 
- merupakan versi keenam bagi keluarga sistem penegendalian Microsoft Windows. mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005. Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas perkenalan, Windows XP, menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaran Microsoft Windows. 






7) Windows 7 
-Versi terkini bagi sistem pengendalian MIcrosoft Windows. Berbeza dengan Vista yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 dirancang supaya menjadi tatar yang terfokus dan kecilan kepada barisan Windows, dengan matlamat keserasian penuh dengan perisian dan perkakasan yang sudah serasi dengan Windows Vista. Windows 7 Beta mengatasi Windows XP dan Vista dalam beberapa aspek penting, termasuk masa yang diambil untuk dibut dan ditutup serta pengurusan fail seperti memuat dokumen. Namun begitu, masih ada kelemahannya berbanding XP, termasuk uji tanda aras PC Pro untuk kegiatan pejabat seharian dan penyuntingan video yang masih sama seperti Vista dan perlahan berbanding XP. 



INPUT AND OUTPUT

input devices merupakan satu komponen penting yang membolehkan interaksi antara komputer dan manusia. ia merupakan apa sahaja hardware yang menghantar data kepada komputer. tanpa input devices ini, sesebuah komputer hanya boleh mempamer alat sahaja tanpa membenarkan pengguna berinteraksi dengannya, sama seperti tv.

terdapat banyak input devices yang terdapat pada sesebuah komputer. malah zaman sekarang ini, begitu banyak penambahbaikan dan inovasi yang dilakukan bagi memperbaiki prestasi input devices seterusnya prestasi komputer.

KEYBOARD merupakan input device yang biasa kita lihat. video di bawah menunjukkan inovasi keyboard terkini dengan ciri-ciri ergonomik.




JOYSTICK merupakan antara input device, fungsi seperti alat kawalan yang kebiasaannya untuk bermain permainan komputer yang mana ia memudahkan pergerakan dalam permainan. sesuai digunakan untuk permainan flight simulator...




HDTV merupakan satu contoh output device terkini. ia dapat memberi pandangan dan gambar yang lebih jelas daripada tv biasa. Teknologi HDTV julung-julung kali diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1990-an oleh sebuah syarikat elektrik bergelar Perikatan Besar HDTV Digital.



selain itu, projector, printer, sound card, speakers juga merupakan antara output devices yang boleh didapati.
jika kita melihat pada zaman teknologi canggih sekarang, kemungkinan besar input dan output devices akan bergabung. kita cuma akan gunakan satu tablet pc sahaja tanpa perlu ada keyboard dan sebagainya. cuba lihat video di bawah dan kenalpasti input dan output device..


KOMPONEN YANG PATUT ADA PADA LAPTOP.

Pada permulaan laptop diperkenalkan, harganya sangat tinggi dan kebanyakan pengguna tidak dapat menikmati teknologi ini. Tapi kini, penggunaan laptop menjadi kegilaan ramai terutamanya pada generasi muda mudi kerana ia menjadi trend dan kerana harganya yang semakin murah. 

Kepelbagaian design dan aksesori yang terdapat pada sesebuah laptop menjadikan ia sebagai alat elektronik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran kini.

Apa faktor yang mempengaruhi pilihan kepada sesebuah laptop/ notebook? Antara faktor yang dilihat ialah kualiti, komponen, ukuran, software dan aplikasinya. Seringkali kita tertanya-tanya apakah yang perlu dinilai sebelum membeli sesebuah laptop. 

Adakah memiliki laptop hanya untuk membuka facebook, melihat e-mail dan mendengar lagu-lagu kesukaan sahaja?. Jika inilah kegunaan laptop, kenapa perlu ada komponen video card tercepat, kapasiti yang lebih besar, dan sistem memori yang lebih baik.

Berikut  adalah komponen yang wajib diperhatikan sebelum membeli sesebuah laptop. Berdasarkan maklumat ini akan lebih memberi kefahaman kepada kita tentang komponen2 yang terdapat dalam laptop.



1. Processor

Ia adalah komponen penting dalam laptop. Ia diukur dalam unit GHz. Angka GHz mengukur sejauh mana kecepatan processor beroperasi dalam masa satu saat. Jumlah Core dalam processor juga sangat penting seperti Intel. Intel adalah processor yang terbaik diikuti oleh AMD. Processor seperti Core 2 dan Extreme adalah yang baik dalam kualiti performance diikuti AMD Turion 64 x2.



2. Memori
Sesebuah laptop akan mempunyai kapasiti memory yang berbeza-beza. Misalnya apabila menggunakan OS Window Vista ia memerlukan memory minima sebanyak 512 MB. Jika memori yang dimiliki kurang, maka harddisk akan digunakan sebagai memori. Ini akan melambatkan performace laptop. Jadi, lebih besar memori adalah lebih baik dan memori laptop boleh ditambah kemudian hari apabila diperlukan.


3. Harddisk

Media penyimpan yang terkenal masa kini ialah SSD ( Solid State Drive) dan harddisk. SSD lebih baik dari segi performance kerana lebih cepat. Kerana harganya yang mahal laptop masa kini lebih menggunakan harddisk.



4. Video Card

2 jenis iaitu:-
  • Integrated: Menggunakan RAM
  • Dedicated: Menggunakan memori sendiri. Jenis ini lebih baik dan sesuai untuk pengguna yang gemar games.




5. Pilihan Laptop Berdasarkan Ukuran Layar.

Ini kerana ia mempengaruhi harga sesebuah laptop/ notebook.

  • Desktop Replacement:



Ukuran layar : 14 dan 15 inci
Pengguna: sesuai untuk kebanyakan pengguna seperti ahli perniagaan, pelajar, gamers
Harga: tidak tetap dan beragam mengikut jenis

  • Ultraportable: 



Ukuran layar: 11-13 inci
Pengguna: dirokemenkan kepada ahli perniagaan dan yang sering melakukan perjalanan
Harga: lebih mahal dari desktop replacement kerana lebih ringan dan senang dibawa kemana-mana

  • Netbook:








Ukuran layar: 7-10 inci
Menggunakan processor Intel Atom dan sesuai untuk tujuan browsing, chatting, dan kerja sederhana. Hardware seperti drive optic tidak ada dan miliki touchpad yang kecil.

  • Gaming: 


Ukuran layar: 16 inci ke atas
Ukuran layar yang besar supaya semasa bermain games, skrin lebih jelas dan lebih selesa digunakan.