I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label chapter 8. Show all posts
Showing posts with label chapter 8. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

TIPS KOMPUTER 2

1.MEMBERSIH CAKERA KERAS

Kelebihan membersih cakera keras:
1.    menjadikan sistem lebih pantas,renponsif dan mengemaskini maklumat2 dalam komputer.
2.    mengeluarkan "drivers" dan aplikasi yang tidak diperlukan mengurangkan tekanan kepada memori sistem.
3.    membantu meningkatkan persembahan sistem dan ketika operasi perisian.
Cara untuk membersih cakera:
1.    Add/Remove Program 
2.    Uninstaller atau fungsi "uninstaller" yang dilengkap bersama perisian.
      3.  Scan Disk & Disk Defragmenter 1

      Biasanya kalau kita nak jalankan program ini kita akan buka melalui Start > Program > Accessories > System tools > Scandisk/Disk Defragmenter.
Program ni selalunya akan memakan masa yang panjang. Jadi tips untuk mempercepatkan program ini, kita 'end task' program-program lain yg sedang berjalan semasa kita dalam 'environment' windows. Caranya begini.
1. Tekan serentak CTRL + ALT + DEL.
2. Apabila keluar satu paparan window 'close program', kita highlightkan program-program lain selain EXPLORER dan kita klik END TASK untuk menutup program tersebut.
Buatlah satu persatu dengan cara CTRL + ALT + DEL (End Task) sehingga habis program tersebut KECUALI program EXPLORER sahaja yang tinggal. Sesudah itu barulah kita mulakan program Scandisk atau pun Disk Defragmenter yang nak kita jalankan.
      4. Scan Disk & Disk Defragmenter 2

Menjalankan proses Defragmenter pada komputer kita adalah suatu perkara yang kita perlu lakukan sekurang2nya sebulan sekali dan lebih baik seminggu sekali....Proses Disk Defragmenter sedikit sebanyak boleh melajukan komputer kita...Anda boleh mencuba beberapa perisian lain yang dikhaskan untuk proses Defragmenter ini.
Microsoft juga menyediakan proses Defragmenter ini dalam sistem Windows mereka.Untuk menggunakan proses Defragmenter tersedia ini secara percuma.

Caranya ialah :

Pergi ke butang Start -> All Programs -> Accessories -> System Tools -> Disk Defragmenter


Proses melakukan Defragmenter ini sangat mudah sekali anda tentu dapat melakukan proses ini dengan mudah tanpa sebarang kesulitan.



Terdapat dua butang iaitu Analyze dan Defragment,anda boleh Analyze komputer anda dahulu samada perlu di Defragment ataupun tidak.


Kemudian jika anda ingin melakukan Defragmenter pada komputer anda klik pada butangDefragmenter,tunggu sehingga proses tersebut selesai.


2. DATA RECOVERY

Anda mungkin pernah mengalami masalah dengan harddisk yang tiba-tiba crash, tidak dikesan, terformat,  bad sector, ataupun tidak dapat dikenal oleh sistem.
Padahal data-data penting masih ada di dalam harddisk tersebut dan belum di-backup.
Disini ada beberapa Tools Untuk Data Recovery yang mungkin boleh membantu anda mengembalikan file anda yang hilang atau memulihkan cakera anda jika mengalami bad sector.

1. Recuva (http://www.recuva.com/)
Recuva adalah tool yang user-friendly berasaskan Windows.
Ketika anda menjalankan Recuva, anda boleh mencari fail yang hilang dengan menu file-recovery wizard atau the application's manual mode.
Gambar-recovery wizard ini kepada jika anda yakin data anda sudah tidak ada tapi anda tidak cukup yakin kemana hilangnya atau cara untuk mendapatkannya kembali.

Wizard boleh digunakan untuk carian, anda taip gambar, muzik, dokumen-dokumen, video, atau semua file, dan anda boleh menetapkan lokasi carian di komputer anda seperti di removable media, My Documents, Recycle Bin, atau lokasi tertentu.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows.

2. Undelete Plus (http://undelete-plus.com/)
Undelete Plus merupakan perisian yang digunakan untuk komersial.
Tool recovery fail ini bekerja pada semua versi Windows dan inkarnasi dari FAT dan NTFS file sistem.
Seperti Recuva, Undelete Plus memberikan recovery kemungkinan untuk menemukan file-file berdasarkan fail yang rosak.
Anda boleh menyusun fail mengikut jenisnya, menetapkan penapis mengikut masa dan saiz serta dapat menghasilkan struktur folder yang baik bila anda selesai melakukan recovery file.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows.

3. Testdisk (http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk)
Testdisk adalah tool yang sangat bagus untuk memulihkan data anda. Tidak hanya dapat melakukan testdisk pemulihan seperti memadam fail secara tidak sengaja daripada FAT, NTFS, ext2 dan fail sistem, tetapi mempunyai fungsi tambahan yang lain.
Dengan testdisk anda boleh merecover boot sektor anda, membina semula boot sektor anda, memperbaiki jadual FAT, memperbaiki MFT anda, menemukan backup ext2/ext3 Superblock, menemukan partition yang hilang dengan banyak format yang boleh membantu anda menemukan data yang hilang.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows / Mac / Linux.

4. Photorec (http://www.cgsecurity.org/wiki/PhotoRec)
Photorec adalah pelengkap program testdisk. Seperti testdisk, aplikasi ini juga tanpa GUI, tetapi cukup kuat untuk melakukan recovery file.
Ramai pengguna lebih suka Photorec sebagai alternatif yang lebih selamat bila dalam pemulihan cakera tidak diperlukan.
Secara keseluruhan, Photorec merupakan peranti canggih yang cepat dan selamat untuk menyalin fail yang anda kosongkan kepada cakera yang lain.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows / Mac / Linux.

5. Restoration (http://www.aumha.org/a/recover.php)
Restoration bersaiz kecil, tanpa tool tambahan dan merupakan portable.
Anda boleh menggunakannya di semua versi Windows dan Windows file systems.
Restoration memiliki kemampuan untuk menyusun fail parameter seperti saiz dan nama fail.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows.

6. GetDataBack (http://www.runtime.org/data-recovery-downloads.htm)
GetDataBack akan recover data anda jika hard drive's partition table, boot record, FAT / MFT atau direktori root hilang atau rosak, data yang telah hilang akibat serangan virus, drive yang diformat, kegagalan sistem crash, file yang hilang kerana kegagalan perisian dan fail yang dihapuskan secara tidak sengaja.
Dapat digunakan untuk sistem operasi Windows.

Rakan2 juga dapat mendapatkan maklumat tambahan di:
http://cekapkomputer.blogspot.com/
http://sembangkomputer.com
http://anjungpc.com/
http://infomalaya.com



Saturday, March 5, 2011

TIPS DAN TRICK UNTUK KOMPUTER

  1. CARA MENAMBAH MEMORI DALAM KEADAAN TERDESAK. 

Kali ini saya nak kongsi beberapa tip berkaitan secondary storage yang dijumpai di celiksiber.blogspot.com yang memberi banyak maklumat berguna. 
Cara Menambahkan Memori jika dalam keadaan darurat. Kita sering bekerja sambil mendengar muzik atau adakalanya sambil menjalankan aplikasi lain dengan tujuan untuk menjimatkan masa. Menjalankan aplikasi secara bersamaan dapat menyebabkan komputer menjadi "kehabisan" memori. Kita sering mendapati komputer mengalami apa yang disebut dengan "low memory" di mana kapasiti memori yang berbaki tinggal sedikit. 

Menambah RAM (Memori) kadang-kadang bukanlah penyelesaian yang bijak kerana selain perlu kemaskini dan simpan hardware juga terpaksa mengeluarkan kos untuk membeli RAM tersebut. 

Ada cara kecemasan lain yang boleh kita lakukan iaitu dengan cara membuat Virtual Memory, teknik di mana system operasi akan memperuntukkan sebahagian isi harddisk untuk menjadi memori tambahan pada computer. Lokasi sebahagian isi harddisk tersebut dinamakan Paging File. 

Berikut langkah-langkah untuk membuat Virtual Memori pada computer. 
Pertama, klik Start>> Control Panel>> System hingga akan muncul "System Properties"

Kedua, klik tab "Advance" kemudian pada kotak "performance", klik setting hingga muncul "Perfomance Options". 

Ketiga, pada "Perfomance options", pilih tab "Advance", seperti screenshot di bawah ini.


Keempat, kemudian pada kotak "Virtual Memory", klik "Change", kemudian akan muncul senarai harddisk pada computer kita, seperti screenshot di bawah ini.



Kelima, kemudian pilih salah satu drive anda tempat Virtual Memory yang akan kita buat. Pilihlah drive yang berbeza dengan lokasi drive system. Kemudian klik pada "Custom Size".

Keenam, isikan nilai pada Initial size dan pada Maximum size dalam MB. Sebagai pedoman, untuk nilai Initial size, kapasiti RAM dikali 1,5. Sedangkan untuk nilai Maximum size, kapasiti RAM didarab 3.
Sebagai contoh, misalkan kapasiti RAM kita adalah 512 MB, maka nilai pada Initial sizenya adalah 756 MB, untuk maximum sizenya adalah 1512 MB.

Ketujuh, pastikan masih ada free space pada harddisk untuk menampung virtual memory yang kita buat tersebut.

Kelapan, kemudian klik OK kemudian OK dan OK lagi.

Kesembilan, selesai dan kemudian pastikan performance computer kita menjadi lebih baik atau cepat berbanding sebelumnya.

Kesepuluh, selamat mencuba!!



2. UPGRADE USB FLASHDISK 1 GB MENJADI 2 GB


Dalam dunia hardware khusunya yang berghubungan dengan komputer, mungkin flashdisk adalah salah satu barang yang wajib dimiliki, sebab barang kecil ini mampu menyimpan data digital dalam jumlah yang banyak dari segi kapasiti, tetapi tidak bagi yang mempunyai flashdisk dengan kapasiti yang terhad.

Membeli flashdisk dengan kapasiti yang lebih besar mungkin budgetnya belum cukup. Buat anda yang mengalami masalah yang demikian, ada cara yang boleh meng-upgrade flashdisk 1 GB anda menjadi 2 GB, berbaloi dari pada beli flashdisk 2 GB, upgrade USBflashdisk 1 GB Anda Menjadi 2 GB.

Untuk meng-upgrade USB flashdisk 1 GB anda, sila anda Download dulu Software nya DI SINI, jangan risau untuk mendownload software tersebut, sebab softwarenya berkurankecil hanya 95Kb.

Selepas anda berjaya download software tersebut, sila anda Ekstrakmasuk USBflashdisk anda dan buka Software tersebut lalu tentukan dimana kedudukan USBflashdisk anda, setelah itu klik Fix untuk meng-upgrade USB flashdisk anda, tunggubeberapa saat sampai proses selesai.

3. MEMBUAT FLASHDISK SEBAGAI KUNCI PENGENALAN

Kali ini saya ingin berkongsi tips membuat flasdisk sebagai kunci / pengenalan.Artikel ini saya olah dari blog rakan blogger di cekapkomputer.blogspot.com...
Begini .... biasanya anda menggunakan USB Stick (Flashdisk) sebagai media transfer data, dengan USB Stick anda boleh menyimpan data-data penting dan membawanya kemanapun anda suka.
Sebenarnya anda juga boleh menjadikan USB Stick anda sebagai kunci kenalan PC anda dengan mengawal komputer melalui USB Stick. Orang lain tidak akan dapat mengakses komputer anda kerana PC anda tidak boleh di akses tanpa 

USB Stick yang telah anda jadikan sebagai kunci pengenalan, bagaimana okay tak?
Untuk menjadikan USB Stick anda sebagai kunci pengenalan anda memerlukan suatu program yang bernama mobile assistance dengan program ini anda boleh setting pc anda untuk automatik shutdown dalam masa 10 saat jika USB Stick anda tidak dipasang di komputer. 

Jadi orang yang tidak berkaitan tidak akan boleh mengakses pc anda jika tidak mempunyai USB Stick yang anda jadikan kunci tersebut. Anda juga boleh setting komputer supaya tidak boleh dibuka, akan restart atau log off kembali jika USB Stick tidak dipasang.
Langkah-langkah membuat USB Stick anda sebagai kunci:

1. Download mobile assistance dan install, ketika anda install software ini Flashdisk anda hendaklah dipasang pada pc dan pastikan anda login ke Windows sebagai Administrator.


2. Buka program mobile assistence dari USB Stick anda (hanya boleh dibuka dari Flashdisk kerana pemasangan mobile assistence disimpan di Flashdisk, tidak seperti biasanya ke C: \ Program Files seperti program lain)

3. Buat pertama kali anda membuka program ini anda akan dihadapkan pada pemasangan menggunakan bahasa jerman. pada kotak dialog pemasangan yang muncul pilih weiter yang bermaksud next


4. Abaikan option-option yang diberikan kepada anda dengan klik butang Weiter


kerana anda boleh settingnya nanti hingga windows mobile assistance siap di install spenuhnya.


5. Untuk melakukan konfigurasi keselamatan (security) komputer anda klik menu option ► USB pc security.


7. Jawab pertanyaan yang muncul dengan yes maka mobile assistance akan install ciri pc ke system komputer anda.
8. Lakukan konfigurasi USB pc security sekali lagi hingga muncul windows pop up pc security.




9. Tanda pilihan enable PC security untuk mengaktifkannya. Pada box starting the computer without this usb stick, pilihlah shutdown computer, maka setiap kali komputer anda dijalankan tanpa USB stick ini pc akan shutdown secara automatik dalam masa 10 saat, untuk itu jika anda menandakan pilihan ini jangan lupa memasang USB stick ke pc sebelum menghidupkan komputer.

10. Jika anda memilih pilihan no action maka komputer anda akan tetap hidup walau tanpa USB stick yang dipasang di komputer.

11. Pada box remove USB stick during working, pilihlah action yang akan dilakukan mobile assistance ketika anda mencabut USB stick dari komputer yang sedang berfungsi, anda boleh memilih shutdown, log off dan dalam 10 saat komputer akan berfungsi seperti mana yang anda pilih ketika USB di cabut.

12. Jika USB stick anda hilang atau rosak, maka tamatlah riwayat , kerana komputer anda tidak akan dapat di akses lagi, anda hanya boleh masuk melalui safe mode. Untuk itu backup komputer anda dan jika perkara ini berlaku anda akses komputer melalui safe mode kemudian restore komputer anda ke keadaan sebelum anda install mobile assistance.

selamat mencuba....: )




Friday, March 4, 2011

Perbezaan Antara primary storage dan secondary storage??


Primary storage

Secondary

Bersifat permanent

Bersifat sementara

Lebih mahal dan kecil

Lebih murah dan besar

Lebih cepat berfungsi

Kapasiti lebih besar dan lambat

RAM ,L2 Cache

Hard drive, CD-ROM

 

Apakah kelebihan dan kelemahan online storage???

Kelebihan:

  • Jimat-memerlukan kurang hardware/ software device
  • Global Accessible-boleh dicapai dimana2 sahaja pada bila2 masa
  • Keselamatan-data adalah OFFSITE dan dijamin bebas dari pencuri dan kerosakan pada komputer
Kelemahan:

  • Kurang kawalan terhadap urusan berkaitan online
  • Kerahsiaan syarikat- online company berhadapan bahaya kerana hacker dapat memintas maklumat mereka
  • Maklumat pembeli juga mungkin dicuri dan tidak selamat keran hacker dapat memintas password